Published by mizie2209 under on 11:12 PM
Ni posting kan mulih sudah dr BIG kem malanggang kiulu....ngalih tah tur hah
Ini geng kelas KPLI/SR/KDC/PMU Ambilan NOV.07.KUMP1..
10 PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Published by mizie2209 under on 10:42 PM
Jangan panikSebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan,
jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.
Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

KEPELBAGAIAN CARA BELAJAR
Published by mizie2209 under on 6:15 AMBELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajardengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin jugamembosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dangaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampudijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.- Bahan - terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakantermasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda,bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet.Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolahatau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yangmempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarikperhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatanterhadap fakta-fakta yang dipelajari.- Kaedah - belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapikadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalahdicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincangdengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih.Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balasserta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencaribahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiranpenggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.- Gaya belajar - Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakankita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harusdipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama adasecara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar disofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik.Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzikyang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakanhilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarangmendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafalatau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yangbanyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketikabelajar adalah dilarang sama sekali.Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikancara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harusdirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampumenjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan danmenepati kehendak soalan.